haaa! nak buat ape aa?! sorry, cannot copy ^^ pls ask if u want.

Saturday, 31 March 2012


  


      S E J A R A H  P E R M A I N A N (:
      Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan ini dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat kali pertama di Pulau Pinang oleh pengawai dari Syarikat East India. Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan, badan khas yang bertanggungjawab terhadap permainan badminton di seluruh duniaPada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presidennya ialah J.J Woods dari Perak.
- Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan.
- Sukan ini berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.
- Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan bergu mendapat pingat perak dan gangsa di   Sukan Olimpik tahun 1996.
- Akademi Badminton Malaysia (ABM) ditubuhkan pada tahun 1992.
- Salah seorang pemain yang berjaya dihasilkan ialah Dato’ Lee Chong Wei.
- Pada tahun 2000, ABM ditutup.
- Semua pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil.

K E J O H A N A N (:
Kemuncak kepada pertandingan badminton dunia adalah merebut kejuaraan Piala Thomas yang diadakan dua tahun sekaliNegara-negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Korea Selatan, England, dan Denmark kerap bertanding di peringkat akhir Piala Thomas. Negara Malaysia telah beberapa kali berjaya menjuarai Piala Thomas.

Pada tahun 1992 di Kuala Lumpur, Malaysia telah berjaya mengalahkan Indonesia. Kejohanan utama seperti :
Berpasukan
Piala Thomas
Piala Uber
Piala Sudirman
Individu
• All England
• Terbuka Malaysia
• Terbuka Indonesia

K E M A H I R A N  B A D M I N T O N (:

---> Cara memegang raket

Menggunakan jari-jari tangan (ruas jari tangan) dengan lembut dan rileks. Hindari daripada memegang raket dengan
cara menggunakan telapak tangan. Terdapat dua bentuk pegangan yang sering digunakan dalam latihan, iaitu cara
memegang raket “forehand” dan “backhand" 

Cara Memegang Raket Forehand  :  Pegang raket , kepala raket menyampingBentuk “V” tangan diletakkan
pada bahagian  pemegang raketTiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, manakala jari
telunjuk agak terpisah.

Cara Memegang Raket Backhand  :  Bentuk “V” tangan diletakkan pada bahagian  pemegang raket.Jari
terletak disamping dalamIbu jari berada pada pegangan raket yang lebar.

---> Footwork (Pergerakan Kaki)

Perkara utama untuk menghasilkan pukulan berkualiti, iaitu apabila dilakukan dalam posisi baikUntuk memukul
dengan posisi baik, seorang atlet perlu memiliki kepantasann bergerakKepantasan gerak kaki tidak
boleh dicapai jika pergerakan kaki tidak teratur.


---> Hitting Position (Posisi Semasa Memukul)

Overhead (atas) untuk right handed  :  Posisi badan mengereng dengan arah jaringPosisi kaki kanan berada
di belakang kaki kiriSemasa memukul bola perpindahan beban berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri akan
terjadi. Oleh itu, posisi badan perlu berada di belakang bola yang akan dipukul.


Pukulan Underhand (Pukulan Bawah)  :  Posisi memukul ialah kaki kanan berada di depan dan kaki kiri di
belakangLutut kaki kanan dibengkokkanKerendahannya mengikut kesesuaian ketinggian bola yang akan dipukul.

---> Servis

Terdapat tiga jenis servis badminton, iaitu servis pendek, servis tinggi, dan flick atau servis setengah tinggi.
Kebiasaannya servis digabungkan ke dalam jenis atau bentuk iaitu servis forehand dan backhand.

     Servis Forehand
               
    a. Servis Forehand Pendek  :  Bulu tangkis dipukul dengan ayunan raket yang berrelatif pendekSiku dalam keadaan
        bengkokuntuk menghalang penggunaan tenaga pergelangan tangan.
   
   b. Servis Forehand Tinggi  :  Jenis servis ini biasa digunakan dalam permainan perseoranganBulu tangkis dipukul
        dengan menggunakan tenaga penuhSemasa memukul bulu tangkis, kedua kaki terbuka luas.

Servis Backhand
  
Kaki kanan di depan kaki kiri, hujung kaki kanan mengarah sasaran. Kedua kaki terbuka, lutut dibengkokkan.
Ayunan raket relatif pendek. Sebelum melakukan servis, perhatikan posisi dan sikap berdiri lawan.

---> Pukulan Smesy

Digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan.
• Pandang bulu tangkis.
Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
Pukul bulu tangkis pantas.
Ikut lajak.


U N D A N G - U N D A N G  P E R M A I N A N (:

Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis :
1. Permainan perseorangan
             - perseorangan lelaki
             - perseorangan wanita

2.  Permainan beregu pula mempunyai kategori :
     - Beregu lelaki,
     - Beregu wanita dan
     - Beregu campuran

Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara.  Para
pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan
gelanggang masing-masing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan
bulu tangkis di gelanggang lawanJika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis
kembali berjaya dirampasBegitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat dicapai

L A T I H A N  U N S U R  M A J U (:

Melambung dan menyambut bulu tangkis dengan raket. Melambung dan menyambut bulu tangkis kepada
pasangan tanpa raket dari bawah ke hadapan secara bergilir-gilir dalam kumpulan. Menimbang bulu tangkis
tanpa raket. Berlatih bermain badminton dengan dinding. Berlatih teknik membaling dan menghadang.

AND HERE, OUR INTERNATIONAL PLAYER IN ARENA OF BADMINTON 
LEE CHONG WEI ^___^

























No comments:

Post a Comment